MANIFESTO, JAKARTA- Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or untuk kedelapan kalinya. Messi makin jauh meninggalkan pesaing utamanya Cristiano Ronaldo yang baru mengoleksi lima gelar serupa
Messi terpilih karena sukses membawa Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu – mencetak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik piala dunia.
Kejayaan ini lebih bermakna buat Messi yang terpaksa bersaing dengan bintang-bintang baru lebih muda seperti Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
“Ini adalah hadiah buat seluruh pasukan Argentina di atas pencapaian kami. Selamat Hari Jadi Diego (Maradona). Ini untuk anda juga,” kata Messi yang menerima trofi daripada pemilik bersama pasukan Inter Miami, David Beckham.
Mbappe adalah pesaing utama Messi untuk anugerah berkenaan, muncul penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun Perancis harus tumbang lewat adu pinalti.
Namun bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu hanya di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester City ketika menjuarai treble musim lalu.
Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik di bawah usia 21 tahun musim lalu.
Pemain 20 tahun itu memulakan kariernya di Real Madrid musim ini dengan cemerlang, meledak 13 gol dalam 13 perlawanan pertama, namun dia memenangi anugerah itu kerana persembahannya bersama Borussia Dortmund.
Rekan sepasukan Bellingham di Madrid, Vinicius Junior memenangi hadiah Socrates.
Rekan sepasukan Messi di dalam pasukan Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol terbaik musim lalu.
Editor: Azhar